Perancis melaporkan 19,348 kes baharu COVID-19 pada Jumaat menjadikan jumlah kumlulatif kes di negara itu sebanyak 2.6 juta, lapor agensi Anadolu.

PARIS – Perancis melaporkan 19,348 kes baharu COVID-19 pada Jumaat menjadikan jumlah kumlulatif kes di negara itu sebanyak 2.6 juta, lapor agensi Anadolu.

Angka kematian meningkat kepada 64,765 dengan 133 kematian baharu. Kadar positif di negara itu kini ialah 3.8%.

Daripada 7,242 pesakit yang menerima rawatan di hospital dalam tempoh tujuh hari terakhir, 1,133 berada di Unit Rawatan rapi (ICU).

Susulan peningkatan kes, perintah berkurung diperluaskan ke 15 bahagian di empat wilayah berisiko tinggi bermula Sabtu, kata jurucakap kerajaan Gabriel Attal.

Ini termasuklah Hautes-Alpes, Alpes-Maritimes, Ardennes, Doubs, Jura, Marne, Haute-Marne, Meurthe-et-Moselle, Meuse, Haute- Saone, Vosges, Territoire de Belfort, Moselle, Nievre dan Saone-et-Loire.

Pada Rabu, Menteri Kesihatan Oliver Veran berkata, kes harian tidak bertambah, tetapi masih pada tahap yang sangat tinggi.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast