Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(YADIM) mengambil pendirian dan keputusan tetap membantah Miss Plus World.

Keputusan bersama itu dicapai dalam pertemuan penyelarasan agensi agama JAKIM, JAWI dan YADIM pada 31 Disember 2020 di Putrajaya, kata Yang Dipertua YADIM, Nasrudin Hassan.

Menurutnya, sekiranya program tersebut diteruskan dan masih menyerupai ala pertandingan ratu cantik wanita.

Bagaimanapun, kata Nasrudin, pertemuan dan perbincangan di antara JAKIM dan penganjur sangat dihormati dan diambil maklum pihaknya.

Berdasarkan kepada pertemuan tersebut, JAKIM dengan Penganjur Malaysia Plus World Icon (Miss Plus World) pada 31 Disember 2020 yang dipengerusi oleh Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, Dr. Lokman Ab Rahman yang menetapkan keputusan mengenainya.

Antara keputusan yang dicapai ialah penganjur tidak akan melibatkan peserta Muslim (menggugurkan penyertaan) dalam acara yang dijaduakan pada malam ini.

Kedua, tiada peserta wanita beragama Islam yang akan menjadi pemenang dan menjadi wakil ke Peringkat Antarabangsa di Miss Plus World USA, peserta beragama Islam hanya akan menjadi pemerhati dan duduk di meja VIP.

Keempat,  JAKIM hanya bersetuju untuk bekerjasama dengan penganjur bagi program yang berbentuk meninggikan martabat wanita muslim sesuai tuntutan ajaran Islam.

“Maka, besar harapan YADIM yang juga mewakili ratusan NGO Islam MAIM dan umat Islam di Malaysia, agar pihak penganjur komited dan menepati janji seperti yang dipersetujui bersama,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast