KUALA LUMPUR – Hampir setahun lebih bergelar ibu tunggal, pengusaha tudung terkemuka, Mawar Karim kembali menjadi perhatian ramai di media sosial.
Ini kerana menerusi Instagram miliknya, Mawar yang juga bekas isteri kepada pelakonFizo Omar ada memuat naik gambar memaparkan dirinya serta turut kelihatan tangan seorang lelaki misteri.
Sementara itu, di Insta Story miliknya, Mawar ditanya adakah dia sudah temui pengganti bekas suaminya, malah ada yang bertanyakan adakah dia akan kembali bersama bekas suaminya.
Mawar dan Fizo berkahwin pada November 2013 namun rumah tangga mereka hanya mampu bertahan selama enam tahun apabila bercerai pada Julai 2019.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam kini berusia empat tahun. – MalaysiaGazette