Poster yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR – Satu poster ditularkan di rangkaian pesanan Whatsapp menggunakan templat berita MalaysiaGazette yang disunting memaparkan berita palsu.

Poster tersebut memetik kononnya Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan DAP.

Dr Asyraf memaklumkan mengenai edaran poster tersebut kepada MalaysiaGazette pagi tadi.

MalaysiaGazette menjelaskan kepada Dr Asyaf bahawa portal ini tidak pernah menerbitkan berita tersebut.

Cara penulisan tajuk yang terlalu panjang berserta noktah juga bukan gaya penulisan MalaysiaGazette atau mana-mana media sekali pun.

MalaysiaGazette sedang menjalankan siasatan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab membuat poster tersebut dan menularkannya dengan niat jahat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast