Ketua Pergerakan Pemuda MIC, R. Thinalan berucap pada Konvensyen Pergerakan MIC Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri Kebangsaan di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Isu berkunjung ke kuil untuk bersembahyang semasa Thaipusam tidak sepatutnya menjadi bahan perdebatan.

Sebaliknya terpulang kepada penganut agama Hindu itu sendiri untuk membuat keputusan kerana ia adalah hak masing-masing.

Ketua Pemuda MIC, R Thinalan pasti pihak kuil mempunyai garis panduan bagi memastikan keadaan selamat untuk semua pihak yang berkunjung ke kuil.

“Jika mereka tidak mahu pergi, itu adalah pilihan mereka. Seandainya ada yang hendak pergi, itu juga tidak seharusnya tidak diperdebatkan. 

“Seperti yang kita semua maklum, upacara Thaipusam kali ini mungkin sedikit berlainan memandangkan kita sedang melalui fasa pandemik Covid-19 yang belum lagi nampak surutnya,” katanya.

Menurut Thinalan yang akan ke Batu Caves, apa yang penting ialah setiap orang perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pemegang Amanah kuil Batu Caves kecewa dengan Astro Vanavil

Beberapa hari lepas Astro Vanaavil dalam slot ‘Viluthugal’ menyiarkan sesi temuramah bersama seorang panelis dengan tajuk ‘Perlukah Kita Adakan Sambutan Thaipusam 2021’ yang menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak.

Pemegang Amanah Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Datuk Sivakumar Nadarajah yang kecewa dengan siaran tersebut berkata, Astro Vanaavil sepatutnya tidak menyiarkan program yang mampu mengguris hati banyak pihak.

Difahamkan lebih 40 laporan polis telah dibuat berhubung penyiaran progrtam itu.

Di Malaysia, Thaipusam disambut secara besar-besaran sekurang-kurangnya di empat lokasi iaitu Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves, Selangor; Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthapani di George Town, Pulau Pinang; Kuil Arul Subramaniar di Ipoh, Perak dan Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di Sungai Petani, Kedah. – MalaysiaGazette

Masyarakat India tidak perlu berbalah isu sambutan Thaipusam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast