Foto dan maklumat diperoleh dari MyStar

ALOR GAJAH – Seorang pelajar lelaki berusia 22 tahun maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk pulang ke kolej pengajiannya di Taman Kuala Permai, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Arshad Abu berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Syazwan Sabahrudin, berasal dari Kampung Telok Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Arshad berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi hari ini, mangsa yang sedang menunggang motosikalnya dari Port Dickson ke Alor Gajah telah bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan.

“Pertembungan tersebut menyebabkan mangsa terseret sejauh 7 meter di sepanjang jalan.

“Mangsa telah didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” tambahnya seperti dipetik MyStar.

Di samping itu, pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian tersebut merupakan anggota polis berusia 37 tahun dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kematian.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast