Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa digugurkan dari jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Menurut portal SuaraTV, keputusan tersebut diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenar tadi.

Tempat Annuar dikatakan akan diambil-alih oleh Datuk Ahmad Maslan berkuatkuasa serta merta.

Ahmad Zahid memaklumkan keputusan itu dalam perjumpaan khas dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berlangsung sejak 11 pagi tadi.

Annuar sebelum ini menyatakan kesediaannya dipecat daripada parti sambil mempersoalkan apa pula tindakan yang akan dikenakan terhadap pemimpin UMNO yang berunding dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Nak pecat saya, pecatlah – Annuar

Yang berunding dengan Anwar, DAP secara senyap wira sejati?

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast