KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP, Ronnie Liu melahirkan ‘harapan’ agar Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat malam ini akan bertindak ‘meninggalkan’ Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP (CEC) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek berkata, tindakan itu sebenarnya adalah aspirasi akar umbi parti berkenaan.
“Saya tidak berani buat ramalan malam ini. Saya cuma berharap para ahli MT UMNO berani putuskan hubungan dengan Muhyiddin dan PN ikut aspirasi akar umbi serta-merta.
“Ini supaya satu langkah positif yang baru boleh dilancarkan demi kepentingan parti UMNO dan menstabilkan negara.
“12/13 jawatankuasa negeri dan 3/4 bahagian menolak Bersatu dan PN,” tulisnya di media sosialnya malam ini.- MalaysiaGazette