Permandangan Kampung Baru berlatarbelakangkan Bandaraya Kuala Lumpur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 20 OKTOBER 2020
SEBAGAI Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa perlu kurangkan berpolitik dan fokus isu rakyat.
Setakat hari ini beliau masih gagal membentangkan plan pembangunan Kampong Bharu sedangkan plan tersedia dari kerajaan PH tidak dilaksanakan dengan pelbagai alasan remeh.
Ramai penduduk dan pemilik tanah masih tertanya-tanya apakah tindakan kerajaan sekarang terhadap plan pembangunan Kampung Bharu.
Ketika beliau belum menjadi menteri, pelbagai kritikan lantang dilontarkan terhadap plan tersebut yang direncana oleh kerajaan PH.
Namun setelah beliau bergelar menteri, semua yang dikatakan sebelum ini hanya tinggal sepi sebaliknya beliau lebih banyak berpolitik demi mempertahankan jawatan dan kedudukan beliau.
Saya ingin menyarankan kepada Annuar Musa jika beliau rasa terbeban dengan tugas sebagai menteri, sebaiknya beliau berundur sahaja.
Justeru itu beliau boleh memberikan fokus untuk terus berpolitik tanpa dibebani perihal rakyat.
Syed Badli Shah Syed Osman
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast