Tun Dr Mahathir Mohamed. foto AFIQ HAMBALI, 07 JANUARI 2021.

PUTRAJAYA – “Nasihat sudah diberikan, yang payahnya kita nasihat dia tidak mahu dengar.”

itu kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai kemelut yang membadai kerjasama antara parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO kini.

Dr Mahathir menjelaskan kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang terlalu lemah kerana hanya mempunyai tiga majoriti.

“Nak buat juga (kerjasama dengan UMNO), itulah jadi masalah.

“Nasihat sekarang, the best nasihat adalah sekarang kamu nampak tak begitu kukuh, resignlah (letak jawatan),” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), hari ini.

Semasa kejatuhan kerajaan PH, Dr Mahathir pernah menasihatkan Muhyiddin agar tidak mengadakan kerjasama dengan UMNO secara en bloc kerana akan ada syarat-syarat tertentu yang dinginkan oleh parti itu.

“Macam yang kamu katakan tadi, saya sudah ramalkan perkara ini semasa mereka mahu bentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya beritahu kepada Muhyiddin bahawa dia akan menghadapi masalah dengan UMNO kerana UMNO adalah parti yang besar, dan parti kamu kecil dan bergantung kepada mereka.

“Jika mereka tarik balik sokongan, kamu akan habis tapi dia kata dia boleh tangani masalah mereka. Sekarang saya mahu lihat bagaimana dia mahu tangani isu ini,” katanya lagi.

Kerajaan Perikatan Nasional dibentuk oleh Muhyiddin pada Mac tahun lalu bersama-sama UMNO BN, Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa parti lain.

PN ditubuhkan secara mengejut bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang runtuh pada 24 Februari tahun lalu. – MalaysiaGazette

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Sayang sekali Tun sendiri tak ikut nasihat Tun dahulu. Semasa Tun jd PM dgn kuasa yg rapuh akibat tekanan Bang Non, Tun tetap tak mau resign.
    Akibatnya PH tumbang.

  2. xpayah nak wayang sgt la,
    ramai yg dah tahu lakonan ko ngan khadam2 ko,
    jgn harap UMNO nak bekerjasama dgn pengkhianat yg xsedo diri

Comments are closed.