Kesan kerosakan di bangunan KWSP cawangan Miri yang dilontar dengan bom petrol.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang berlaku susulan insiden bom petrol yang dilontarkan ke cawangan Miri pada pukul 2 petang tadi.

Bagaimanapun, KWSP memandang serius insiden tersebut yang bukan sahaja suatu jenayah, malah membahayakan pengunjung ke cawangan dan juga anggota.

Katanya, KWSP sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membuat siasatan.

”KWSP ingin menegaskan bahawa keganasan bukan sebuah jalan penyelesaian bagi apa jua perkara. Malah, sejak beberapa
tahun kebelakangan ini, Malaysia telah berjaya mengelakkan sebarang kekacauan awam yang berlaku di pelbagai pelosok dunia.

”Tindakan seumpama ini bukan sebahagian daripada nilai dan budaya kita,” kata KWSP dalam kenyataan di sini.

KWSP juga meyakinkan semua pengunjung ke cawangan serta anggota bahawa keselamatan mereka pada setiap masa sentiasa menjadi keutamaan KWSP.

Walaupun kejadian tersebut hanya menyebabkan sedikit kerosakan harta benda di cawangan Miri, KWSP akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk memastikan individu atau kumpulan yang merancang dan melakukan jenayah ini dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast