MGNews : ‘Banjir Temerloh’ Terputus Bekalan, Kehidupan Penduduk Semakin Sukar

Suasana di Kampung Paya Kecil Ulu yang terletak di Temerloh tidak banyak berubah sejak banjir melanda kawasan tersebut lima hari lalu. Kira-kira 130 buah rumah di situ terjejas menyebabkan penghuninya terputus bekalan makanan dan barangan keperluan harian.

Bukan itu sahaja, haiwan ternakan penduduk kampung seperti ayam turut menjadi korban banjir.Di Kampung Paya Kecil Ulu juga seorang penduduk maut terkena renjatan elektrik semasa banjir.