Ejen kereta terpakai telah melakukan penipuan dengan mengutip RM1,800 sebagai yuran pemeriksaan Puspakom daripada pelanggan, sedangkan yuran yang dikenakan hanyalah RM90.

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan Puspakom Petaling Jaya telah disahkan positif Covid-19 dan proses pengesanan kontak juga sedang dijalankan.

Semua kakitangan cawangan juga akan menjalani ujian saringan Covid-19, sementara mereka yang berhubung secara langsung dengan kakitangan tersebut telah diarahkan untuk menjalani kuaratin selama 14 hari.

Oleh itu Puspakom telah mengambil langkah menutup cawangan Petaling Jaya di Selangor serta-merta dan tiada operasi mulai hari ini bagi melakukan proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh.

Pembukaan semula Puspakom Petaling Jaya akan dimaklumkan kelak.

Bagi pelanggan yang mempunyai temujanji di PUSPAKOM Petaling Jaya, semua bayaran temujanji pemeriksaan yang telah dibuat akan dipulangkan secara automatik.

Sebagai alternatif, pelanggan yang telah membuat temujanji di Puspakom Petaling Jaya boleh menjalani pemeriksaan secara walk-in dengan pembayaran secara tunai di cawangan Puspakom Glenmarie dan Padang Jawa untuk kenderaan persendirian.

Manakala Puspakom Cheras, Taman Bukit Maluri dan Padang Jawa untuk Kenderaan Perdagangan Ringan (BDM ≤ 5,999 kg)
& E-Hailing.

Pelanggan perlu membawa slip pengesahan temujanji Puspakom Petaling Jaya semasa hadir ke cawangan alternatif. – MalaysiaGazette