Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang ditemui tidak lama selepas pesawat berkenaan terhempas. foto Reuters

JAKARTA – Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas, berjaya ditemukan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) hari ini.

Panglima Tentera Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto dalam sidang media yang disiarkan secara langsung televisyen tempatan, berkata kotak hitam yang ditemukan itu adalah ” Flight Data Recorder” (FDR).

FDR itu ditemukan pasukan penyelam Tentera Laut Indonesia, di sekitar perairan Pulau Laki dan Pulau Lancang di Kepulauan Seribu, pada jam 4.20 petang waktu Indonesia Barat.

“Operasi pencarian akan tetap diteruskan bagi mengesan “Cockpit Voice Recorder” (CVR), mengesan serpihan pesawat, dan mengesan mangsa korban,” kata Hadi Tjahjanto.

Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air yang terbang dari Jakarta ke Pontianak membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal itu terputus hubungan selepas berlepas pada pukul 2.36 petang pada Sabtu lepas, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast