KUALA LUMPUR – Pasar Raya Giant cawangan Subang Jaya dekat sini ditutup serta merta hari ini ekoran beberapa kakitangannya disahkan dijangkiti Covid-19.

Ia ditutup bagi menjamin keselamatan orang awam, kata satu kenyataan Giant hari ini.

Kenyataan Giant

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan usaha mengenal pasti kontak rapat kepada kes positif. Buat pelanggan, mereka boleh berhubung terus dengan pihak KKM untuk mendapatkan kepastian (sekiranya berada dalam lingkungan kontak rapat kepada kes positif),” kata kenyataan yang sama.

Mereka boleh menghubungi KKM menerusi talian hotline di 03-88810200.

Pihak pengurusan Giant memberi jaminan akan sentiasa menitikberatkan langkah keselamatan dari semasa ke semasa namun tidak menyatakan jumlah sebenar kakitangannya terlibat.

“Kami amat menyarankan orang awam untuk sentiasa patuh dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak KKM,” katanya.- MalaysiaGazette