gambar hiasan

SHAH ALAM – Semua perkhidmatan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut kenyataan Air Selangor, ia termasuk semua loji rawatan air (LRA), sistem bekalan serta kaunter khidmat pelanggan yang dibuka setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

“Manakala, tugasan pembaca meter di setiap premis pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga berjalan seperti biasa.

“Bagaimanapun, bagi mengelak kesesakan dan mengurangkan kontak rapat antara pelanggan dan petugas, Air Selangor mengalakkan urusan secara dalam talian,” katanya.

Orang ramai boleh membuat transaksi menerusi perbankan internet Jompay, aplikasi Air Selangor, portal perkhidmatan pelanggan dan ejen kutipan berdaftar, ujar kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan dan aduan, pelanggan boleh menghubungi talian 15300 atau secara dalam talian di aplikasi Air Selangor, e-mel [email protected] dan laman sesawang http://www.airselangor.com. – MalaysiaGazette