Majlis ringkas penyerahan sumbangan set kelengkapan sekolah kepada anak yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) pada 12 Januari 2021.

SHAH ALAM – Seramai 588 anak yatim telah menerima bantuan alatan sekolah yang ditaja oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) dan kilang gula Central Sugars Refinery (CSR) Sdn Bhd.

Pengurus besar Yide, Nur Mohd Razali Abdullah berkata, ini merupakan program tahunan Yide memberi bantuan barangan persekolahan kepada 17 rumah anak yatim.

“Kita berharap sumbangan ini dapat menyuntik semangat anak yatim untuk lebih bersungguh dan berjaya pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Bantuan alat kelengkapan sekolah yang diberi merangkumi set pakaian dan seluar, kasut, stoking, tudung, beg dan alat tulis.

Tambah Razali, insyaAllah selepas ini, kita juga akan mengadakan program tajaan komputer riba kepada anak yatim yang akan menyambung pengajian ke peringkat institusi.

Majlis agihan sumbangan telah diadakan secara ringkas di Rumah Pertubuhan Kebajikan Ehsan As Shakur dan Rumah Kebajikan Anak Yatim Damai Kuang pada 12 Januari lalu.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranan Yide boleh berhubung terus ke Ibu Pejabat di talian +603 – 5510 3931, email ke [email protected] atau layari : www.yide.com.my. -MalaysiaGazatte

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast