Pemilik bangunan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diingatkan supaya menjelaskan cukai taksiran penggal pertama sebelum 28 Februari ini.- Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menutup semua taman awam dan hutan pendidikan di bawah seliaan mereka selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penutupan itu melibatkan Hutan Pendidikan Bukit Gasing, taman awam, taman permainan, taman tasik, padang rekreasi dan Urban Park 1-5,  katanya,

Sementara senarai taman-taman awam yang ditutup ialah:

1. Taman Bandaran Kelana Jaya
2. Taman Tasik Komuniti Kelana Jaya
3. Taman Jaya
4. Taman Aman
5. Taman PJS 10
6. Taman Rimba Riang, Kota Damansara
7. Taman Railway
8. Taman Bandar Tasik Mutiara Damansara
9. Taman Padang Kota, Kota Damansara
10. Taman Seksyen 8, Kota Damansara
11. Taman Ara Damansara
12. Taman Ara PJU 1A/29
13. Taman Centre Spine, Bandar Sri Damansara
14. Taman Seksyen 6 Kota Damansara

Bermula semalam, PKP dilaksanakan di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah selama 14 hari. – MalaysiaGazette