Wayne Rooney
Wayne Rooney

LONDON – Bekas penyerang Manchester United dan England, Wayne Rooney mengumumkan persaraan sebagai pemain selepas beliau dinamakan sebagai Pengurus Derby County yang beraksi dalam liga Championship.

Rooney, 35, menguruskan kelab tersebut secara interim dan terus bermain untuknya namun kini beliau akan menumpukan sepenuh perhatian sebagai pengurus, lapor Reuters.

“Diberi peluang untuk mengikut jejak langkah seperti Brian Clough, Jim Smith, Frank Lampard dan Phillip Cocu merupakan satu penghormatan dan saya boleh berjanji kepada semua orang yang terlibat dalam kelab dan semua penyokong kami,” katanya dalam kenyataan.

“Staf saya dan saya akan melakukan apa sahaja dalam mencapai potensi yang telah saya saksikan di sepanjang 12 bulan terakhir bersama kelab bola sepak ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast