Orang awam melakukan senaman semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette selepas kerajaan membenarkan taman rekreasi beroperasi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 16 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Rata-rata Snapchatters Malaysia mengharapkan permulaan yang baik pada tahun ini, menurut hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Snap Inc.

Luahan itu dibuat oleh 56% daripada manakala 44 peratus lagi tidak pasti atau tidak melihat permulaan baharu tahun ini.

Kajian tersebut mendapati 58% Snapchatters menyatakan mahu membuat resolusi Tahun Baru dengan kesejahteraan menjadi keutamaan utama mereka.

Snapchatter Malaysia berada pada kedudukan teratas dalam 17 negara terlibat dengan majoriti tertinggi mahu melakukan senaman lebih banyak (71%) dan makan makanan sihat (63%) sebagai matlamat tahun ini.

Manakala 57% Snapchatters juga mendedahkan mahu belajar sesuatu yang baharu pada tahun ini dan 48% lagi memaklumkan merancang untuk lebih memberi perhatian.

Selain azam baharu, mereka juga menaruh harapan agar kehidupan kembali normal pada tahun ini.

Snap Inc berkata, menurut kajian itu, Snapchatter berpendapat pandemik telah mencetuskan penghargaan baharu untuk komuniti dan menghabiskan masa yang berkualiti dengan orang tersayang.

Kajian itu membabitkan 7,300 responden.

Menurutnya, 53 peratus Snapchatters tidak sabar untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

”Walaupun kita tidak tahu dengan tepat apa yang akan berlaku tahun ini, Snapchatters optimistik untuk kembali kepada keadaan normal,” ujarnya.

Snap Inc adalah sebuah syarikat kamera dan media sosial. – MalaysiaGazette