RIYADH – Akibat suhu semakin menurun sehingga mencecah paras dua darjah selsius sepanjang Januari ini wilayah Asir di Arab Saudi kini dilanda salji.
Mengikut lapor portal berita The News, suhu di bandar raya Riyadh, Arab Saudi adalah 14 darjah selsius manakala wilayah Tabuk di barat laut negara adalah tujuh darjah selsius dan Jeddah pula pada 21 darjah selsius sekitar awal pagi tadi.
Salji dilaporkan melanda wilayah Asir bersempadan dengan Yaman pada 10 Januari lalu.
Seorang jurugambar, Karin Bouchetta merakamkan gambar salji di bandar kecil di kawasan pergunungan Atlas, Sahara yang menunjukkan beberapa ekor unta diliputi salji pada Rabu lalu ketika suhu berada pada negatif tiga darjah Celsius. -MalaysiaGazette