Kisah perkahwinan terbaharu Ziela (dua dari kri) bersama Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud, Datuk Syed Osman Al-Habshee menjadi bualan ramai.

KUALA LUMPUR – Suami Datuk Ziela Jalil, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar akhirnya tampil membuka mulut mengenai pernikahannya dengan pelakon terkenal itu.

Mengulas mengapa perkahwinan selama dua tahun itu dirahsiakan hingga didedahkan oleh anaknya sendiri di Twitter, Syed Osman berkata, dia mempunyai alasan kukuh tidak menghebahkannya.
“Sebenarnya, perkahwinan ini bukanlah rahsia kerana ramai dalam kalangan ahli keluarga dan teman baik sudah mengetahuinya. Cuma, memilih untuk tidak menghebahkannya.

Jujur mengenai perkahwinannya dengan Ziela, Syed Osman mengakui majlis pernikahan itu adalah tanpa pengetahuan isteri pertama.

Ujarnya, pada awalnya, isteri pertama sukar menerima hakikat tersebut.

“Hanya selepas sebulan bernikah, barulah saya memaklumkan perkahwinan pada isteri pertama. Saya akui, agak sukar bersikap tidak jujur selama sebulan merahsiakan perkara ini. Mungkin orang lain boleh melakukannya, tetapi bukan saya.

“Awalnya, isteri pertama agak sukar menerima hakikat ini, tetapi berkat doa yang dipanjatkan, akhirnya dia dan anak-anak boleh menerimanya. Saya membawa mereka bertemu dengan Ziela dan anak-anak untuk berkenalan.

“Alhamdulillah, pertemuan berjalan dengan baik dan saya bersyukur kerana Allah mengaturnya dengan begitu cantik,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast