Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Ketegasan Presiden UMNO dalam hal parti dan isu yang mempunyai kaitan dengan kepentingan rakyat didakwa tidak disenangi kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Malah, gandingan Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi dengan Datuk Seri Najib Razak dalam mengasak isu-isu kebajikan rakyat membuatkan dua figura UMNO ini dilihat sebagai ancaman.

Tambahan pula, kejayaan mereka bersama barisan kepimpinan UMNO yang lain memperjuangkan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan moratorium menyebabkan gelombang rakyat, terutama orang Melayu kini condong kepada menyokong semula UMNO.

Mazalan Ma”arof

Perkembangan itu, kata Naib Ketua Bahagian, UMNO Seremban, Mazalan Ma”arof amat membimbangkan.

Menurut beliau, keputusan 147 dari 189 Mesyuarat Bahagian UMNO yang jelas menolak kerjasama politik dengan Bersatu merisaukan mereka, tambahan pula rata- rata kepimpinan peringkat akar umbi mengusulkan semua kerusi yang dimenangi UMNO semasa PRU-14 akan ditandingi UMNO.

Malah keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Ahmad Zahid pada 6 Januari lalu turut tidak disenangi oleh kepimpinan Bersatu.

Tidak cukup dengan itu, ketegasan Presiden UMNO dalam isu pertukaran kepimpinan pentadbiran Negeri Perak kepada UMNO juga adalah suatu yang sukar diterima oleh mereka.

”Perkembangan ini menyebabkan hubungan UMNO-Bersatu menjadi panas. Ketegasan Presiden dan barisan kepimpinan UMNO yang selari dengan kehendak akar umbi UMNO dalam isu kerusi untuk PRU-15 membuatkan hubungan UMNO-Bersatu kian meruncing.

”Di laman media sosial beberapa penulis, kini berlegar berita khabarnya Muhyidin Yasin meminta kluster menteri untuk berunding dan memujuk Presiden UMNO untuk mendapatkan 10 hingga 15 kerusi UMNO untuk diberikan kepada Bersatu namun dipercayai usaha ini gagal kerana Presiden UMNO bertegas dan senada dengan kehendak akar umbi UMNO,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bemula dari episod yang sama, serangan kepada Presiden UMNO semakin ketara menggunakan ahli dan pemimpin UMNO yang bak kata ‘musang berbulu ayam’ untuk menyerang presiden dan pemimpin UMNO yang pro Presiden.

Pelbagai alasan digunakan untuk mendesak Presiden UMNO berundur. Terkini, desakan ini disuarakan oleh kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Pontian dan Seremban.

Mazalan berkata, mereka tahu, selagi mengetuai UMNO, adalah mustahil untuk mereka menguasai UMNO atas alasan itu juga, kini beberapa sentimen dimainkan untuk mengatur cadangan nama pencabar bagi jawatan presiden dipemilihan akan datang.

Tujuannya adalah untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO dan sebagai persediaan untuk kempen menjatuhkan Ahmad Zahid untuk digantikan dengan pemimpin pilihan mereka.

”Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemubual oleh Radio BFM, pula menyatakan kesediaan untuk kembali menjalin kerjasama dengan UMNO dengan syarat sekiranya Ahmad Zahid dan Najib berundur dari memimpin UMNO. Ianya bagai satu gerakan terancang dan saling berkait antara beberapa pihak berkepentingan.

”Sebelum ini juga sudah timbul ura-ura untuk mengatur cadangan kepimpinan UMNO yang mesra “orang itu”. Tujuannya hanya satu iaitu untuk menguasai UMNO dan mencatur UMNO mengikut kehendaknya.

”Namun kedegilan Ahmad Zahid membubarkan UMNO menyebabkan beliau berhadapan dengan 89 pertuduhan dimahkamah dan rata rata membacanya sebagai mangsa pendakwaan terpilih dan permainan persepsi jahat,” ujarnya.

Menurut Mazalan lagi, aura UMNO kini melonjak semula, sokongan rakyat terutama orang Melayu kini kembali semula kepada UMNO.

Atas sebab itu, UMNO kini digeruni sehingga menjadi keperluan untuk merosakkan UMNO dari dalam dan atas alasan itu jua timbulnya isu sebelum ini, khabarnya perdana menteri ingin melantik timbalan perdana menteri dari UMNO dan ura-ura ditawarkan kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein atau Datuk Seri Ismail Sabri.

Idea ini bukan sahaja ditolak oleh barisan kepimpinan UMNO tetapi juga akar umbi dan akhirnya isu ini tengelam begitu sahaja.

Kepada pemimpin UMNO yang seperti ‘musang berbulu ayam’, Mazalan mengingatkan mereka supaya sedar bahawa topeng kalian telah dikenalpasti melalui gerak geri dan tingkah laku yang dipamerkan.

Ahli dan penyokong UMNO pastinya akan menghukum kalian di medan PRU-15.

“Sebelum nasi menjadi bubur, insaflah pada kembali kepada landasan sebenar. Tidak guna memiliki jawatan dengan bersandarkan pada UMNO, seandainya kalian menjadi duri dalam daging. Bersatulah bersama Presiden UMNO dalam mempertahankan dan mengukuhkan UMNO sebagai persediaan untuk bertarung di medan PRU-15,” tegasnya. – MalaysiaGazettte

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Memang patut Zahid ni jatuh…rakyat xnak la die…org UMNO yg masih xfaham2 konon Zahid bagus…die jd presiden UMNO la punca sekarang UMNO berpecah…patut xyah la nak jatuhkan…die sendiri patut letak jawatan je

  2. Macam mana hang boleh jadi Naib Ketua UMNO Seremban? Bodoh piang. Hang masih dialam mimpi, UMNO sedang menuju kejurang, hang dok kata UMNO akan bangun? Yang jadi masalah dalam UMNO adalah orang orang yang macam hang nie, asyik nak bodek dan pertahankan pemimpin yang rasuah dan mencuri duit rakyat. Masalah utama sekarang ialah Presiden yang jadi pengkhianat. Faham masalah, jangan nak bodek tak tentu pasal. Rakyat akan tolak UMNO pada PRU akan datang kalau UMNO masih tidak berubah. Isu KWSP, bukan semua rakyat ada KWSP untuk keluarkan iSinar.

Comments are closed.