Accra Lions FC adalah sebuah kelab yang berpangkalan di Timur Legon, Accra dan beraksi dalam saingan Ghana Division One iaitu liga tier kedua di sana. 

KUALA LUMPUR – Pasukan Selangor FC akan menggunakan khidmat dua pemain import muda berasal dari Ghana di posisi penyerang dan pertahanan selepas Accra Lions FC mengumumkan pemain itu akan dipinjamkan ke skuad Gergasi Merah.

Menurut laman Twitter Accra Lions FC, George Attram yang bermain di posisi penyerang berusia 20 tahun dan Jordan Ayimbila sebagai pertahanan pula berumur 19 tahun itu akan beraksi dengan pasukan Selangor II dalam saingan Liga Premier.

Menurut laman web rasmi kelab Accra Lions FC, ini adalah kali pertama pemain mereka menyertai kelab dari Asia selepas menyaksikan ramai pemain berhijrah ke eropah beberapa tahun kebelakangan ini.

Accra Lions FC adalah sebuah kelab yang berpangkalan di Timur Legon, Accra dan beraksi dalam saingan Ghana Division One iaitu liga tier kedua di sana.

Semua pemain import pasukan Selangor FC II adalah berusia bawah 21 tahun dan setakat ini tiga pemain ditandatangani termasuk seorang pemain muda dari Myanmar berusia 20 tahun iaitu Hein Htet Aung. – MalaysiaGazette