Real Madrid menjadi kecaman media selepas tersingkir dari Copa del Rey pada Rabu sekaligus membayangkan pengakhiran era Zidane di Santiago Bernabeu musim ini

MADRID – Real Madrid kini menyaksikan pengakhiran era Zinedine Zidane namun kelab itu tidak mahu menggantikannya dengan pengurus baharu sehingga akhir musim ini.

Pakar bola sepak Sepanyol, Guillem Balague berkata, the Los Blancos kini diambang kejatuhan.

Juara Sepanyol itu dimalukan dan disingkirkan dari saingan Copa del Rey oleh Alcoyano apabila tewas 2-1 pada Rabu lalu.

Akhbar sukan Sepanyol, AS, menyifatkannya sebagai salah satu berita yang paling memalukan dalam sejarah Real.

“Kini pengurusan tertinggi kelab mempunyai satu keperluan untuk membuat keputusan besar pada akhir musim ini.

“Zidane beberapa kali terselamat daripada pemecatan sebelum ini termasuk kempen ini namun pasukan itu semakin teruk,” kata Balague.

Kekalahan Real kepada pasukan yang bermain dengan 10 pemain itu dilihat keputusan terburuk mereka.

Walaupun bekas pemain Real itu kembali sebagai pengurus pasukan dan membawa kelab menjuarai Liga Juara-Juara Eropah selama tiga musim berturut-turut, serta dua piala dunia kelab dan dua piala super Uefa, prestasi musim ini mengeruhkan situasi di Santiago Bernabeu.

Pada aksi La Liga Sepanyol, Real ketinggalan empat mata dan mengejar pendahulu, Atletico Madrid yang berkelebihan dua perlawanan dalam tangan bagi melebarkan juraang mata.

Real melihat dua perkara mengecewakan yang menyaksikan Zindane tidak memberi sebarang arahan di hujung minit ke-90 ketika menentang Alcoyano dan tiada arahan pada separuh masa pertama masa tambahan memberi kesan pada aksi pemain.

Malah Zidane masih bergantung kepada pemain lama seperti Toni Kroos, Casemiro, Luka Modric dan Karim Benzema tetapi tidak menjuvenasi pasukan dengan pemain muda Dani Ceballos, Vinicius Junior, Rodrygo, Achraf Hakimi, BRahim Diaz, Sergio Reguilon, Luka Jovic dan Martin Odegaard.

Mariano Diaz, Federico Valverde, Alvaro Odriozola dan Eder Militao merupakan antara pemain muda yang perlu lebih disenaraikan  dalam kesebelasan utama tetapi Zidane ketandusan idea dan menggunakan mereka untuk aksi tidak penting dan diturunkan pada penghujung perlawanan yang dianggap tidak relevan.

“Inilah perbezaan ketara antara pemain berjaya dan pemain baharu dan Zidane dilihat tidak menyedari hakikat itu.

“Kelab itu seolah tidak mahu melakukan apa-apa pada musim ini tetapi mereka sedang melihat pengakhiran era Real ketika ini,” kata Balague lagi.

Malah akhbar Sepanyol itu juga membidas pasukan tersebut sambil mendakwa adalah ajaib sekiranya Zidane masih dikekalkan meskipun Real tersingkir dari saingan Copa del Rey. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast