Tun Dr Mahathir Mohamed. foto AFIQ HAMBALI, 07 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan khabar kononnya beliau mengalami masalah kesihatan.

Dalam sebuah video pendek selama enam saat yang dimuat naik ke laman Facebook rasminya, Dr Mahathir berkata: “Hari Sabtu 23 hari bulan Januari, saya ada di rumah.”

Beliau turut memuat naik kenyataan: ‘Saya sihat, alhamdulillah =)’ sebagai kapsyen pada video itu.

Baru-baru ini terdapat maklumat yang tersebar di laman media sosial, termasuk di aplikasi WhatsApp yang menyatakan Dr Mahathir tidak sihat dan mengalami kesukaran bernafas. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast