Datuk Salehuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Badan Perhubungan Pas negeri Johor mengucapkan tahniah diatas pelantikan Datuk Salehuddin Hassan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor yang baharu.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Johor, Ahmad Al Johari Mohd Yusof berkata, pelantikan bekas Datuk Bandar Iskandar Puteri itu dilihat mampu memperkukuhkan lagi pentadbiran dan pengurusan kewangan kerajaan negeri itu di bawah pemerintahan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Pas Johor yakin pihak kerajaan akan terus memberikan keutamaan kepada kebajikan dan keperluan rakyat negeri Johor khususnya, di dalam menghadapi cabaran ekonomi berikutan kesan pandemik Covid-19 yang sedang melanda,” katanya menerusi kenyataan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast