Foto Instagram Ameera.

KUALA LUMPUR – Seleberiti media sosial, Ameera Khan kembali kecam apabila dia memuat naik sebuah krim produk membesarkan punggung yang dipakainya.

Adik kepada pengacara dan usahawan Neelofa itu memberitahu memakai produk dari jenama La Mer.

Malah, menerusi penelitian yang dibuat, krim berkenaan telah dijual di laman Shoppe berharga RM1,024.

Pengakuan berani yang dibuat itu agak mengejutkan warga netizen yang menganggap harga produk tersebut terlalu mahal dan motif memuatnaik gambar bentuk badannya di media sosial.

Sebelum ini, Ameer atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan menjadi perhatian netizen susulan aksi bergambar di media sosialnya

Wanita berusia dilihat memuat naik foto yang memaparkan dia membongkokkan badan di Instagram miliknya.

Namun foto tersebut menjadi bualan hangat netizen yang kurang senang dengan aksi tersebut.

Bagaimanapun, ada beberapa netizen memberi komen sindiran mengaitkan dengan isu sebelum ini apabila menyamakan gaya tersebut seperti Harimau Menangis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.