Penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang masih belum menerima bayaran masing-masing diminta bersabar.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, agihan dana fasa kedua bantuan itu melibatkan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM2.38 bilion dan memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk dikreditkan sepenuhnya kepada semua penerima.