KUALA LUMPUR – KPJ Healthcare Berhad (KPJ) dan Lablink (M) Sdn Bhd yang menguruskan makmal patologi KPJ memandang serius laporan slip keputusan Covid-19 palsu yang mengaitkan pihaknya untuk melakukan perjalanan merentasi sempadan.

Penyalahgunaan kepala surat itu dikesan oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

Justeru, KPJ dan Lablink menegaskan ia adalah dokumen palsu dan siasatan dalaman mengesahkan semua dokumen ini tidak dikeluarkan oleh Lablink.

KPJ dan Lablink dalam satu kenyataan semalam memandang serius perkara itu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memudahkan siasatan mereka.

“Semua ujian Lablink Covid-19 dilakukan secara sistematik, teratur, beretika dan hasilnya dihantar dengan selamat dan rahsia kepada pesakit dan pelanggan berdasarkan protokol yang telah ditetapkan dan jelas,” kata kenyataan yang sama.

Pengesahan terhadap sebarang keputusan ujian Covid-19 yang dikeluarkan oleh Lablink boleh dilakukan dengan menghubungi Lablink (M) Sdn Bhd di talian +603 40234588.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast