PTPTN berterima kasih kepada kerajaan Sarawak prihatin bantu anak negeri bayar baki pinjaman.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan perkhidmatan Live Chat PTPTN untuk membantu pelanggan membuat semakan, pertanyaan dan aduan bagi urusan pinjaman pendidikan, bayaran balik pinjaman dan simpanan SSPN.

Perkhidmatan Live Chat PTPTN merupakan saluran alternatif yang boleh diakses oleh para pelanggan dengan mudah dan cepat di kala pandemik Covid-19 sedang melanda.

Pelanggan hanya perlu melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my dan klik pada ikon Live Chat.

Kemudahan interaksi ini membolehkan pelanggan berhubung terus secara live dengan pegawai PTPTN yang sentiasa bersedia untuk memberikan maklumbalas dan pelanggan juga tidak perlu mempunyai sebarang akaun media baharu untuk menggunakan kemudahan ini, kata PTPTN dalam kenyataan di sini.

PPTN berkata, perkhidmatan Live Chat PTPTN ini telah mula beroperasi sejak 14 September 2020 yang lalu, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang dan dikendalikan oleh 16 pegawai bertugas termasuk seorang penyelia.

Sejak kemudahan ini disediakan hingga 31 Disember 2020, seramai 75,433 pengguna telah memilih perkhidmatan ini dengan purata harian seramai 993 pengguna.

Selain kemudahan Live Chat, pelanggan juga boleh mengguna saluran e-Aduan melalui portal rasmi PTPTN atau menghubungi pegawai khidmat pelanggan serta Eksekutif Pemasaran PTPTN di seluruh negara melalui nombor telefon yang dipaparkan di pautan https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn.

Talian Careline PTPTN di 03 2193 3000 juga terus beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Tambahnya, pelaksanaan kemudahan perkhidmatan ini adalah bukti komitmen PTPTN untuk memastikan urusan pelanggan tidak terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Kemudahan Live Chat serta lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh PTPTN sewajarnya dimanfaat oleh pelanggan untuk mendapatkan maklum balas dengan lebih cepat dan pantas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast