Malaysia tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh ke atas ekonomi walaupun jika berlaku senario terburuk, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Sebaliknya, kerajaan akan terus memberi fokus kepada penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat sekiranya angka jangkitan kes Covid-19 di negara ini kekal tinggi.