Penyanyi Adibah Noor.

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dari 5 Februari sehingga 18 Februari ini turut memberi kesan kepada golongan anak seni.

Salah seorangnya termasuk pelakon dan penyanyi, Adibah Noor yang turut memuat naik luahan di laman Twitter miliknya.

Menurut Adibah, dia tidak pasti adakah dirinya masih kuat untuk mengharungi keadaan tersebut apatah lagi dia juga memerlukan kerja seperti rata-rata rakyat Malaysia yang terkesan dengan PKP.
Perkongsian Adibah itu mendapat respon daripada ramai netizen yang bersimpati serta mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan supaya Adibah menjadi seorang guru online Bahasa Inggeris di saluran YouTube.

Kata mereka lagi, ramai pengikutnya ternanti-nanti kerana cara Adibah mengajar mudah untuk difahami. – MalaysiaGazette