Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR – Puspakom Bangi diutup serta-merta mulai hari ini bagi melakukan proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh selepas seorang kakitangan disahkan positif Covid-19.
Sehubungan itu, semua kakitangan cawangan juga akan menjalani ujian saringan Covid-19 dan  proses pengesanan kontak juga sedang dijalankan.
Mereka yang berhubung secara langsung dengan kakitangan tersebut telah diarahkan untuk menjalani kuaratin selama 14 hari.
Pembukaan semula Puspakom Bangi akan dimaklumkan kelak.
Bagi pelanggan yang mempunyai temujanji di Puspakom Bangi, semua bayaran temujanji pemeriksaan yang telah dibuat akan dipulangkan secara automatik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast