Menara Felda
Menara FELDA

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bertindak membeli 4.63 juta lagi saham-saham FGV Holdings Bhd (kecuali saham perbendaharaan) daripada pasaran terbuka pada harga tawaran RM1.30 sesaham.

Dalam kenyataan pada Khamis, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) yang juga penasihat prinsipal Felda dalam tawaran pengambilalihan saham-saham FGV, berkata pembelian itu telah dilakukan pada Rabu.

Menurut Maybank IB, pembelian terbabit juga merangkumi semua saham-saham FGV di bawah pelan insentif jangka panjangnya.

Pada 8 Dis, 2020, Felda mengumumkan hasrat untuk membuat tawaran pengambilalihan mandatori kepada pemegang saham minoriti FGV pada RM1.30 sesaham sekiranya ia dapat meningkatkan pegangannya dalam FGV.

Susulan pembelian itu, kepentingan Felda sebanyak 21.24 peratus dalam FGV kini meningkat kepada 35.12 peratus.

— BERNAMA