(Picture for representational purposes only) The Chinese New Year decoration at a mall in Kuala Lumpur. PIX: AFIQ HAMBALI / MalaysiaGazette / 19 JANUARY 2021.

KUALA LUMPUR – Ramai masyarakat khusunya kaum Cina di negara ini keliru dengan prosedur operasi standard (SOP)  sambutan Tahun Baru Cina yang diumumkan kerajaan semalam.

Kekeliruan timbul terutama membabitkan aktiviti makan besar – yang menjadi amalan malam Tahun Baru Cina – yang hanya membabitkan individu di rumah yang sama.

Lebih memeningkan kepala, apabila kerajaan membenarkan makan malam perjumpaan keluarga dalam kalangan anggota keluarga sahaja seperti diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker pun melahirkan rasa pelik beliau terhadap SOP dan mahu ia ditarik balik dan diperbetulkan.

Rata-rata netizen juga mempersoalkan tindakan itu sedangkan pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta mula dibenarkan beroperasi mulai hari ini.

Nana Jeoffery berkata, sekiranya tiga jenis perniagaan itu dibenarkan dibuka, maka semua sektor pernigaan juga harus dibenarkan beroperasi.

“Nak lockdown betul-betul la kasi lockdown. Ni apa, salon boleh buka,pasar malam boleh buka. Then tak payah istyiharkan lockdown.

“Buka je semua. Adil kan. Last year punya lockdown kan betul kes menurun. Kali ni nama je lockdown. Tapi bebas,” katanya di Twitter.

Farid Maulud pula berkata, SOP sambutan tahun baharu Cina yang dikeluarkan kerajaan mengelirukan.

Katanya, protokol ziarah di rumah kediaman dalam tempoh Perintah Kawalam Pergerakan (PKP) semasa Tahun Baharu Cina tidak menggambarkan SOP yang sebenar.

“Ziarah ibu di dapur, ziarah anak di bilik. Tapi pasar malam boleh buka pula,” sinis Farid di Twitter.

Farid merujuk kepada terma ‘aktiviti ziarah hanya untuk seisi keluarga dalam rumah yang sama sahaja’ dalam SOP berkenaan yang dianggap mengelirukan oleh beliau.

Malah ada yang sarkastik dengan menyindir dengan menyindir sambutan Tahun Baru Cina tidak boleh bertemu di rumah tetapi boleh di pasar malam.

This another funny SOP for CNY. OK, those close relatives that can’t come to my house during CNY to wish me and get Ang Pau.
Please make advance notice. We can meet at the nearest pasar malam. This is allow ..leh,” kata Rickee Lee.

Sebelum itu, Ismail Sabri berkata, tiga sektor ekonomi iaitu pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dibenarkan beroperasi dengan SOP ketat.

Ia diputuskan dalam satu mesyuarat khas yang diadakan semalam yang memutuskan operasi pasar malam dibenarkan bermula jam 4 petang hingga 10 malam. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

SOP Tahun Baru silap, kena tarik balik, perbetulkan semula – Lian Ker

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast