Ti Lian Ker

KUALA LUMPUR – “Seseorang telah melakukan kesilapan di sini. SOP ini mesti ditarik dan dibetulkan dengan cepat!”

Itu reaksi Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker mengenai prosedur operasi standard (SOP) kerajaan mengenai sambutan Tahun Baru Cina semalam.

Walaupun Naib Presiden MCA itu tidak memperincikan apa kesilapan dalam SOP dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara itu namun ia ada kaitan dengan larangan keluarga pulang ke rumah untuk majlis makan besar.

Dalam SOP itu hanya membenarkan keluarga yang tinggal di dalam rumah yang sama sahaja untuk makan besar bersama.

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan membenarkan aktiviti majlis ‘makan besar’ bersama keluarga serta upacara sembahyang di rumah dijalankan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada 11 dan 12 Februari depan.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti persembahan dan kebudayaan seperti tarian singa, naga, perarakan tanglung dan chingay serta persembahan opera Cina tidak dibenarkan.

Peraturan hanya membenarkan ahli keluarga dalam satu rumah sahaja untuk makan besar menimbulkan persoalan kepada ramai pihak terutama parti pembangkang.

Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berkata, arahan itu seolah-olah untuk makan malam biasa sahaja dan bukan makan besar sempena Tahun Baru Cina.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Mahu makan besar tunggu hari ketiga iaitu 14hb dua dengan kaum famili atau jiran sebelah yang tak pernah tegur sapa seumur hidup berjiran tak kira bangsa ugama

  2. Nak makan besar.kumpul keluarga.dari.luar cantik.lah.tu. lepas tu kena kuarantin dua.minggu . Untong sehari rugi 14 hari asal puas hati tak apa. Kalau covid merebak padan muka orang degil.

  3. Datuk Quekututuk….apahala dan sialkan PAS…Berapa hari lepas tuduh menteri PAS tiada ambiL tindakan dalam beberapa isu…sekarang kutuk dn salahkan PAS Sop raya cina….Hari ThaiPUSAM ..melompat2 menyalahkan PAS juga…padahal suara KELING RAMASAMY dn sekutunya yg kutuk SANUSI macsm KAMU akhirnya akui bahaya berarak…BUAT BAIK SALAH…BUAT TAK BAIK LAGI SALAH…..nanti KESIALAN tu datang balik kemuka sendiri.

Comments are closed.