Lewis Hamilton. foto HAZROL ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2019.

LONDON – Lewis Hamilton menandatangani kontrak baharu selama setahun bersama pasukan Formula Satu (F1) Mercedes.

Kontrak juara dunia F1 tujuh kali itu tamat pada tahun lalu.

Dengan pemeteraian kontrak baharu itu, Hamilton akan terus bersama Mercedes untuk musim kesembilan.

Hamilton muncul sebagai pelumba paling berjaya dalam dunia F1 selepas menyamai rekod kejuaraan legenda Ferrari, Michael Schumacher pada musim lalu.

“Pasukan kami mencapai kejayaan luar biasa selama sembilan musim ini.

“Kami terus merancang untuk mengukuhkan kerjasama ini untuk mengecapi lebih banyak kejayaan dalam dunia F1 selepas ini,”
kata pelumba warga Britain itu.

Kontrak setahun yang ditandatangani Hamilton bersama Mercedes bernilai £30 juta. – MalaysiaGazette