AYER KEROH – Ibu kandung dan bapa tiri Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek hari ini berhadapan tuduhan membunuh dan mendera kanak-kanak-kanak berusia tujuh tahun itu.
Bagi pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka itu tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Manakala bagi pertuduhan mendera di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 di Mahkammah Sesyen pula, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.