ROM – Juara bertahan Coppa Italia, Napoli gagal mempertahankan kejuaraan apabila kalah 1-3 di tangan Atalanta pada perlawanan separuh akhir awal pagi tadi.
Pada aksi final Atalanta akan bertemu Juventus yang menundukkan Inter Milan dengan agregat 2-1 kelmarin.
Duvan Zapata membuka tirai untuk pasukan tuan rumah sepuluh minit permainan bermula manakala Matteo Pessina menjaringkan dua gol pada minit ke-16 dan 78.
Gol tunggal Napoli dijaringkan Hirving Lozana pada minit ke-53.
Juventus telah menjuarai Coppa Italia sebanyak 13 kali manakala Atalanta hanya sekali iaitu pada musim 1962-63. -MalaysiaGazette