Datuk Seri Mukhriz Mahathir
Datuk Seri Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir telah melupuskan sebanyak 24.6 juta saham biasa dalam Opcom Holdings Bhd, melepaskan kedudukannya sebagai pemegang saham utama syarikat itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Opcom berkata pelupusan itu dilakukan melalui dua urus niaga perniagaan langsung pada 10 Februari.

Dalam satu kenyataan yang berasingan, isteri Mukhriz, Datin Norzieta Zakaria turut melepaskan pegangan saham utama dalam Opcom.

Ia dibuat selepas syarikat milik Norzieta, M Ocean Capital Sdn Bhd menjual sebanyak 18 juta saham melalui pasaran terbuka pada hari Rabu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast