KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahimn mengadakan perbincangan menerusi perbualan telefon bersama pimpinan negara ASEAN antaranya Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam dan Singapura bagi mendapatkan pandangan serta menyelaraskan tindak balas bersama terkait isu tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS).
Menurut beliau, selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia mahukan kesepakatan sesama negara anggota dalam mewujudkan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam sebarang perundingan perdagangan antara negara termasuk hubungan rakan dialog ASEAN-AS.
“Insya-Allah, Mesyuarat Peringkat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN minggu depan akan terus membincangkan perkara ini dan mencari solusi terbaik buat keseluruhan negara anggota,” katanya dalam kenyataan.
Pada 2 April lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengejutkan dunia dan menunjukkan perubahan dasar globalisasi daripada pentadbiran AS terdahulu. – MalaysiaGazette
















