KUALA LUMPUR – Polis Kajang sedang mengesan Teh Woon Chuan untuk membantu siasatan dan perbicaraan yang akan bersidang pada 22 Februari ini.
Sehubungan itu, Teh diminta tampil ke Ibu Pejabat Daerah Kajang, Selangor.
Alamat terakhir Teh yang berusia 33 tahun itu adalah di No 423 Jalan 7 Kampung Baru Ampang, Ampang Selangor.
Orang ramai yang mempunyai maklumat penama ini diminta untuk menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Insp Linda Abdol Wahab di talian 019-9440193. -MalaysiaGazette