Sebanyak lapan kluster baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini dan salah satunya dikesan di Sarawak membabitkan kunjungan sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.- Gambar hiasan.

BAYAN LEPAS – Bahang sambutan Tahun Baru Cina di Tokong Ular di sini hambar akibat pandemik Covid-19.

Tokong berusia 171 tahun yang mempunyai nilai sejarah tersendiri itu tidak lagi menjadi tumpuan ribuan penganut Buddha dari seluruh negara seperti sambutan Tahun Baru Cina sebelum ini.

Koordinator Tokong Ular, Chia Cheng Ean berkata, aktiviti keagamaan di tokong sempena perayaan itu tidak semeriah tahun-tahun sebelum ini.

Chia Cheng Ean, Koordinator Tokong Ular.

Kata Chia, tokong itu selalunya dipenuhi lebih 3,000 pengunjung pada musim perayaan namun tahun ini kehadiran hanya 100 orang.

“Dulu tokong dibuka bermula malam raya sehingga keesokan hari tetapi akibat Covid-19 kami membenarkan pengunjung menziarah bermula 6.30 hingga 2 petang.

“Selain itu, bagi mengekang penularan wabak Covid-19 orang awam dibenarkan masuk selama 30 minit ke kawasan tokong dengan jumlah pengunjung seramai 20 orang bagi satu sesi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Sementara itu, seorang pengunjung, Khoo Chiew Keen,39, berkata, sudah menjadi kebiasaanya bagi mereka sekeluarga mengunjung Tokong Ular setiap kali sambutan Tahun Baru Cina.

Khoo Chiew Keen.

Bagaimanapun, Chiew Keen memberitahu kali suasana sambutan sunyi, selain pengunjung diminta beredar segera sebaik selesai melakukan upacara sembahyang.

“Pertama kali dalam sejarah saya datang tokong ini sunyi tanpa pengunjung kalau tidak kami perlu bersesak,” katanya yang menetap di Bayan Baru.

Seorang lagi pengunjung, Lee Wei Wei,20, berkata, dia mengunjungi tokong berkenaan bagi merasai suasana perayaan memandangkan tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Melaka.

Pengunjung mengamalkan penjarakan sosial ketika mengunjungi Tokong Ular.

“Ini merupakan kali pertama saya beraya tanpa keluarga di sisi, namun bagi memastikan rantaian Covid-19 diputuskan saya reda,” kata penuntut sebuah universiti di sini.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.Anbalagan berkata, pihaknya turun padang bagi melakukan pemantauan SOP di tokong-tokong sekitar daerah tersebut.

Anbalagan melekatkan notis pematuhan SOP di kawasan tokong berkenaan.

“Pihak polis serta Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Pulau Pinang turun sendiri bagi melihat keadaan di tokong-tokong dan kita berpuas hati kerana semua pengunjung mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast