PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang pengarah agensi kerajaan di Selangor yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kerana disyaki mencabul kakitangannya telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata, suspek berusia 35 tahun itu dibebaskan selepas pegawai penyiasat selesai melakukan siasatan.

“Laporan polis dibuat oleh mangsa pada 12 Februari lepas pada kira-kira pukul 10.30 pagi dan suspek ditahan semalam, hari ini dia diberi jaminan polis setelah selesai tindakan oleh pegawai penyiasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Polis kini sedang menyiapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam media melaporkan suspek ditahan polis selepas dipanggil bagi membantu siasatan berhubung laporan polis berkenaan di Balai Polis Daerah Klang Selatan. – Bernama