Lukaku membuka gol pertama Inter Milan dengan menyempurnakan sepakan penalti dalam aksi Serie A Itali menentang Lazio malam tadi.

ROM – Dua gol Romelu Lukaku membantu Inter Milan menewaskan Lazio 3-1 bagi membolehkan pasukannya menduduki tangga teratas Serie A malam tadi.

Lukaku membuka jaringan pada minit ke-22 (penalti) dan 45 yang merupakan gol ke-300 dalam kariernya.

Gol ketiga hadir menerusi Lautaro Martinez pada minit ke-64 manakala gol tunggal Lazio menerusi Milinkovic-Savic dijaringkan pada minit ke-61.

Lukaku merupakan penjaring terbanyak dalam Serie A dengan 16 gol setakat ini.

Kemenangan itu membolehkan Inter mengumpul 50 mata daripada  22 perlawanan manakala jirannya, AC Milan menghuni tangga kedua dengan perbezaan satu mata diikuti Roma dengan 43 mata. – MalaysiaGazette