Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memahami masalah yang melanda negara sekarang.

Sebaliknya, beliau berkata, keutamaan Muhyiddin lebih menjurus kepada mahu memegang jawatan Perdana Menteri sahaja.

Bagaimanapun, apabila mendapati kedudukannya rapuh kerana hanya memiliki dua atau tiga majoriti sokongan, Muhyiddin bertindak meminta pengisytiharan darurat.

“Saya tidak boleh sokong tindakan semacam ini,” katanya dalam program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan oleh Tan Sri Johan Jaaffar anjuran Sinar Harian.

Menurut Dr Mahathir, pengisytiharan darurat yang dibuat oleh Muhyiddin adalah dahsyat kerana ia tidak berlaku sebelum ini.

Ekonomi merosot teruk dan bertambah parah apabila penularan Covid-19.

Katanya, Muhyiddin sepatutnya tubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Razak.

“Kalau Muhyiddin nak jadi perdana menteri, kita guna penasihat yang ada pengalaman, bukan orang parti jadi penasihat.

“Ini sikap yang ada pada Muhyiddin,” tambah beliau. – MalaysiaGazette