Rafidah Aziz .

KUALA LUMPUR – “Musuh saya memang panggil saya diktator.

“Kalau dia panggil saya pemimpin yang baik, tentu dia tak boleh jadi musuh saya,” jawab Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyangkal kononnya beliau tidak boleh ditegur jika melakukan kesilapan.

Beliau berkata demikian pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan oleh Tan Sri Johan Jaaffar anjuran Sinar Harian.

Katanya, selain Tan Sri Rafidah Aziz, banyak lagi barisan Kabinetnya yang berani menentang keputusan yang dibuatnya tapi orang ramai tidak tahu.

“Dalam Kabinet banyak benda saya cadangkan tapi tak lulus sebab mereka tak bersetuju

“Semasa saya mengendalikan Krisis Kewangan Asia (pada tahun 1997), saya buat cadangan, mereka tolak. Akhirnya saya membuat satu cadangan yang boleh terima, itulah yang kita laksana.

“Jangan fikir dalam Kabinet tiada siapa yang bercakap.

“Mesyuarat tiga jam sehari, takkan saya sorang sahaja yang bercakap tiga jam tapi orang tak percaya,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Benda terlalu lama dah lepaspun semua orang boleh bercakap. Manusia dipegang pada hujung lidahnya, binatang dipegang pada talinya. Sudahlah…….!

Comments are closed.