MGNews : Mengapa Tidak Beri Sebab Rosmah Kena Bela Diri? – Peguam

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor terkejut dan kecewa mengapa Mahkamah Tinggi hari ini hanya mengarahkan beliau membela diri tanpa memberikan alasan atau bukti mengapakah keperluan itu.

Malah persoalan itu juga turut ditimbulkan oleh peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kadir sebentar tadi.

Kata Jagjit kepada sekumpulan media di luar perkarangan mahkamah, Rosmah menangis dan terkejut dengan keputusan hari ini memandangkan kes itu bukan sahaja mendapat liputan meluas sebaliknya juga merupakan kes berprofil tinggi.