Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 401,105 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020  di 3,310 pusat peperiksaan di seluruh negara.

SPM akan bermula pada Isnin ini, 22 Februari hingga 25 Mac

Lembaga Peperiksaan berkata, bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPM 2020, seramai 48,014 petugas peperiksaan telah dilantik.

Semua calon diingat agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan dan arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung. Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my

Calon juga diingatkan supaya membawa Dokumen Pengenalan Diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Lembaga Peperiksaan juga mengingatkan calon agar mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ini bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan serta mencegah penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast